Rabu, 13 Juni 2012

Lompat Tinggi

Acara lompat tinggi begitu popular dalam mana-mana kejohanan sukan olahraga. Ia adalah salah satu acara padang yang memerlukan para peserta melompat melepasi palang. Palang tersebut diletakkan di antara dua tiang tegak.
Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan setelah peserta berjaya melepasi ketinggian palang yang diletakkan. Setiap peserta akan diberi peluang sebanyak tiga kali untuk melakukan lompatan lompatan melepasi sesuatu ketinggian palang. Sekiranya peserta gagal sebanyak tiga kali berturut-turut, maka dia dikira gagal. Para peserta yang menyertai acara ini perlu melompat setinggi yang dapat dilakukan, untuk menentukan kemenangan mereka dalam acara tersebut.
Asas lompatan yang baik adalah kebolehan peserta untuk menukar momentum tegak yang akan menaikkan badan peserta melepasi palang. Oleh itu, penujuan dan lonjakan yang tepat sangat penting dalam acara lompat tinggi. Gaya-gaya lompat tinggi yang biasa digunakan oleh peserta ialah gaya guntinggaya timurgaya guling baratgaya pelana, dan gaya Fosbury Flop.
Dalam abad ke-19 , peserta lompat tinggi melompat dan mendarat di atas tanah yang berumput dengan menggunakan gaya gunting, iaitu dengan cara membelakang. Gaya ini banyak mendatangkan kecederaan kepada para peserta. Peserta yang menggunakan gaya Fosbury Flop telah berjaya mencatatkan rekod dalam acara lompat tinggi. Biasanya atlet yang mengambil bahagian dalam acara lompat tinggi mempunyai susuk badan yang kurus dan tinggi lampai.
Anda yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini, perlu berlatih untuk memantapkan gaya dan cara larian yang konsisten. Kemudian barulah anda boleh mempelajari pula fasa lonjakan(take-off), layangan, dan mendarat. Alat-alat bantu seperti tilam ketangkasantali menggantung bola (latih melonjak), skiteltandaantali palang, dan tiang adalah sangat diperlukan untuk memberi daya keyakinan.
Anda perlu membuat latihan dengan aras ketinggian mula yang rendah, kerana latihan yang sedemikian akan meyakinkan diri dan membetulkan teknik lari, lonjak, layang, dan mendarat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar